Wednesday, November 5, 2008

Bersyukur lah atas nikmat dan ujian dari Tuhanmu..




Sewaktu diri ditimpa ujian..terasa berat nya tak tertanggung...
sehinggakan dirimu sllu berfikir mengapa seberat ini Allah turunkan ujian keatasmu...
sehinggakan diri mulai letih..dan meragui kasih sayangNYA...

INGATLAH..
DIA xpernah meninggalkanmu..
Dia xpernah sedikitpun menoleh drimu..
Bahkan kerana kasih sayangNYA padamu..
Dia menurunkan ujian buatmu..
UJIAN ITU TANDA KASIH SAYANG NYA...
UJIAN ITU TANDA CINTA NYA PADAMU..
Dia Maha Tahu segala yg terbaik disebalik laranya hatimu...

INGATLAH kembali segala nikmat kurniaanNYA padamu..
yg xkan pernah akan kau terhitung..
dari udara yang dihirup..
sehingga nikmat islam yg sjk dri kecil kta miliki...
disaat kita xmengerti apa-apa..Dia telah memilih kita untuk berada dijalanNYA..

INGAT...INGAT kembali segala kurnia NYA...
Walau sememangnya xpernah kan boleh terhitung..
tetapi hitunglah semampu kita....
Hitunglah supaya kita sedar akan kemurahanNYA..

Dari nikmat ibu bapa yg kita miliki..
nikmat mereka2 yang mengasihi kita..
nikmat kesihatan..
nikmat kesempurnaan tubuh badan kita..
nikmat mata yang dpt melihat..
nikmat jantung yg berdegup nrmal..
nikmat keelokan rupa..
nikmat harta benda yg kita mmiliki...
nikmat rezeki dan kesenangan hidup..
nikmat persahabatan..
dan segala kegembiraan yg kita pernah kecapi..

Rasakanlah..
rasakan kesyukuran yg terdalam..
sehinggakan kita sedar bahawa Allah menyanyagi kita sebagai hamba pilihannya..
Hamba yg dipilih dri alam roh untuk kita mngikut agamanya...

dan juga ingatlah...
segala kesusahan, ujian, musibah, penderitaan, ketakutan, kesedihan, kesilapan, kegelisahan yang dirasai olehmu..
Yakinlah, itu tanda Dia mahu kita kembali mengingatinya..
Dia mahu meningkatkan iman kita...
Atau pasti terselit hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahuinya..
Tiadalah DIa menjadikan sesuatu itu dgn sia2..

Bersyukurlah walau dalam lelah..payah..sakit..dan derita..
bersyukurlah untuk airmata yang tumpah dari hati yang terdalam penuh pengharapan pada TUHANMU..
Bersyukurlah kerana itulah yang DIA mahu..

sungguh Allah menyayangi kita..tiada siapa yang lebih menyayangi diri kita melebihi cintanya pada kita...
Jgn lah berputus asa dgn ujian..jgnlah iman mu melemah kerana musibah yg menimpa dri..

Berdoalah..
seperti seorg abid yg mndambakan cinta tuhanNYA..
pasakkan keyakinanmu bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu...
klu kau merasakan cinta yang terdalam kpada ibu dan ayahmu...
ketahuilah sesungguhnya cinta Allah padamu adalah berlipat ganda melebihi cintamu itu..
oleh itu..Carilah cintanya...
Dan kau akan mendapati dirimu berada dilembah penuh ketenangan..diselimuti infiniti kasih sayangNYA...


--ikhazmi

No comments: