Tidak Semua Rasa Perlu Diperlisankan...Dan Sebaik-baik Tempat Pengaduan Adalah PadaNya,Allah yang Maha Mengetahui Segala Rahsia Hati..
Friday, February 20, 2009
Ya AllaH...aKu TiDak mAHu bErpALiNg lAgi..
Ya Allah..
Bantulah aku untuk tidak berpaling lagi..
pada masa silam ku..
pada waktu jahilku...
Tuhan...
hari ini..
sungguh aku rasa bersalah..
apabila tali2 AstaghfiRuLLah ku putuskan sendiri..
Sungguh aku mencemuh diri ini...
diri yang sentiasa mencemari taubat padaMu Illahi..
Apalah yang aku fikirkan yaAllah..
sehinggakan aku lupa menyandarkan segalanya padaMU..
dan tanpa sengaja..
aku seakan menyirami semula benih2 jahiliyah ku...
Tuhan...
Aku tidak mahu begini!
sungguh ini bkn yang aku mahukan...
bukan begini..
Bukan begini yang kuharap!
Bukan!
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku!
Ampunkanlah Ya ALlah…
Ampunkanlah…
DemiMu Ya ALlah,
Izinkan ku capai pemadam itu,
Izinkan ku padam rasa itu dari mindaku…
Sebak dadaku, sesak nafasku…
Bantu aku Tuhanku..
Aku mahu tetap meletakkan cinta Mu teratas dalam hatiku..
sungguh aku percaya
cinta Tuhanku
akan memberi
sepenuh ketenangan dan kebahagian dalam hidupku..
Aku bkn aku yang dulu..
Aku punya Matlamat Agungku Yang Satu...
Cinta Agungku
Aku pendamba Cinta AgungMu, Tuhan!
Padamkanlah rasa itu…
Aku tak tega pertukaran ini berlaku,
Hatiku hanya untukMu Ya Robb!
..ikhazmi
-------------------------------------------------------------------------------
"Oh Tuhan, hadirkan cintaku padaMu dan RasulMu melebihi cintaku pada sekalian makhluk ciptaanMu. Terimalah aku sebagai salah seorang perinduMu dan pendamba cinta agungMu. Sesungguhnya aku ini hamba yang hina dan banyak pula maksiatku padaMu. Jangan sesekali Kau sisihkan aku dengan kehinaanku ini... Kembalikan aku ke pintu hidayahMu. Aku mencintaiMu Tuhan.Kabulkanlah doa permintaanku ini.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment