Monday, August 17, 2009

Aku dan Jalan ini.....

Terasa ingin mencoretkan sesuatu diatas skrin pink ini..setelah lama ku tinggalkan.. ikha pernah bertnya pada diri,,ikha xpandai dakwah secara lisan dengan hebat..... dakwah secara tulisan pun kurang..ntahla..kadang2 ikha fikir terlalu sedikit yang ikha buat untuk jalan ni..walau peluang tu sentiasa ada..

sebentar tadi ikha diberikan amanah baru..terkedu seketika...ya Allah mcmana drng leh pilih ikha nih..xlayak rasa diri.....ya Allah terasa berat...bolehkah aku menjalankan amanahMU ini sebaiknya...

namun bila di fikir semula...ikha sedar...mungkin byk hikmah dari segala yang ditakdirkan ni...sbgai penglman dan peluang untuk diri ikha...insyaAllah..ikha akan cuba berfikiran sepositif mungkin....hm..mungkin kerana dah lama ikha bercuti dan sejak diperingkat master ni, ikha agak menyepi.. namun hari ni..dapat ikha rasakan amanah kali ini lebih mencabar dari sebelum-sebelumnya...

namun,bila difikirkan ada bnrnya kata-kata salah seorang daripada sahabat ikha wktu meeting tadi..
"hakikat dakwah tu bila semakin meningkat usia kita, semakin banyak pengalaman yang kita dapat. Semakin besarlah tanggungjawab"

ikha sedar..semakin sedar bahawa hidup ni menuntut pengorbanan yang besar..dan mujahadah yang berterusan..! ya mujahadah... berterusan bererti seharusnya tiada istilah "rileks dulu" atau "ikut mood".. sekecil perkara seperti bgn pagi, kekuatan dperlukn untuk menolak keseronokan tidur yang lena.. begitu juga dalam kesungguhan untuk mengulangkaji pelajaran, kekuatan diperlukan untuk menolak keseronokan menonton tv atau berinternet...dan kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan..

n this is what life is all about...xkan pernah lari dari cabaran, susah payah.perit jerih..belum ditambah dengan perasaan kecewa,sedih dan sebagainya....apatah lagi pada jiwa yang sedar berikrar menyerah diri mereka dijalan ALLah,yang mngajak jiwa2 tunduk pada yang Esa..
Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam setiap perkara, bagi mengelak fitnah..

Kecekalan dan kekuatan hati amat2 diperlukan..

namun kekuatan itu tidak akan dapat hadir andai diri tidak sedar tujuan dan matlamat hidup kita yang sebenarnya..

Terkenang kata-kata naqibah ikha " Andai kita belum pasti matlamat hidup kita, mulai sekarang tetapkan hidup ini adalah untuk ISLAM!"


Islam...
ya..Kita perlu meyakini bahawa matlamat kehidupan manusia didunia ini ialah untuk mengenal Allah SWT dengan sifat-sifat ulluhiyah dan rububiyahNya, taat dan mengabdikan diri kepadaNya.. selaras dengan firman Allah yang bermaksud;

“dan Aku (Allah SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu”

Ya Allah..dari ayat ini jelas, pencipta kita mahu kita meletakkan Dia sebagai yang utama dalam kehidupan...apapun yang kita lakukan..jadikannya lillahitaala..niatkan segalanya kerana Allah..insyaAllah..

ikha sedar..ikha sebnarnya tak sekuat mana untuk berada dijalan ini sendirian..ikha lemah,namun tak pula ikha ingin jadi lemah selama lamanya! ikha perlukan sokongan semangat nasihat dan kritikan membina dari sahabat seperjuangan..

dan ikha akan insyaAllah sentiasa ingatkan diri ikha dengan ayat Allah dalam surah at_taubah ayat ke 24.. ayat ni yang bagi ikha suatu amaran, dan dapat meningkat kan semangat kita dalam mengejar matlamat hidup untuk islam..

Firman Allah SWT; maksudnya;

“Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”


~~Andai ditakdirkan seribu dugaan dan cabaran datang...seribu kelalaian dan kelupaan ku padaMu ya Allah..aku harap kau jadikan aku hamba yang bertaubat setiap kali datangnya dugaan2 yang melalaikan aku padaMu..
Ya Allah, aku tidak mahu ketinggalan dalam menyertai kafilah da'wah ini.. Ampuni aku ya Allah...


4 comments:

ainShahajar said...

setiap muslim tu ene berdakwah.. takpe ikha.. kita mula sikit2 dulu.. lama2 jd banyak... kan2..

AidaN aMoy eTuc said...

betol2...
atleast ikha dah dakwah dgn cik aidan..
mungkin bkn secara terus terang..
halus, tp mendalam...
itu yg cik aidan perlukan..
manusia mmg sentiasa bt silap..
dan kte perlukan seseorang or mungkin ramai utk bimbing diri..
elak lakukan perkara yg ditegah..
ape2 pon, thx being there when i need u..
muah3..

ahkilaz said...

ain: ye btul ain kata..dkwh tu fardhu ain..kt wat pe yg kt mmpu bt dulu..belajar sikit2, lame2 hrp2 blhla kan =)

aidan etuc: u're 1 great fren and i will always be there 4 u insyaAllah...=)

AidaN aMoy eTuc said...

thanx dear...
muah.muah.muah