Wednesday, January 21, 2009

Dan..



~~Dan perasaan ini seakan tak tertafsirkan~~

Lagi 3 hari insyaAllah klu xde pape halangan ikha akan balik melaka tuk cuti raye cine..yey!
Sbnarnye student umt akan ramai balik stat dr esok(khamis), ikha de hal sket n kene balik hari sabtu..de tggjwab yg perlu ikha tunaikan..tp xpeje asalkan dpt balik..hehe

tapikan cuti ni ikha kene siapkan draft tuk thesis nak tunjuk kat supervisor bukak cuti nnti..oleh itu, ikha perlu menjadi lebih produktif cuti nih,hehe..walaupun da plan sebaik je ikha mnjejakkan kaki kat melake cntral tu, trus pergi shah alam rumah zul..de hal sket kat shah alam...lagipun isnin selase tu papa cuti sbb raye cine..

ntahla..baru2 ni papa pegi check darah...n resultnye xbape baik... dr akan bt 2nd test tuk konfirmkannye..
Ya Allah...kuatkan papa n mama ya Allah..ikha akan doakan papa mama selalu, papa mama jgn riso k..
Allah Maha penyayang n ikha yakin Allah sayang mama papa lebih lagi daripada mcamane papa mama dah menyayangi ikha since ikha kecik...
InsyaAllah..ikha hrp dpt jd anak yg soleh yg blh mndoakan ibubapanya..




~Syukur padaMu ya Allah..Kau kurniakan aku ibubapa sprti mama n papa..aku amat2 sygkan mereka..pertemukan kami sekeluarga disyurga MU nnti..Amiin ~

Tuesday, January 13, 2009

Usah layukan semangatmu, usah kurangkan doamu..

Dan hari ini..kira2 hampir 1000 saudara Palestin telah syahid manakala 4400 cedera..


Astaghfirullah..
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,
andainya usaha kita belum cukup untuk membantu mereka...
Boikot produk2 yg bersekonkol dgn zionis..!
Dan berdoalah untuk saudara kita disana..


Qunut Nazilah


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…!

.........................................

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."
bacalah surah Al Fil.. membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah..

* SESUNGGUHNYA DOA ITU SENJATA MUKMIN!

LiRik2 NasYid yg aMat2 Best..;'(

HARAP KASIH NYA

Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta bicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya

Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista

Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka

Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina

Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya

Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya


Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
----------------------------------------------------
RINDU KEKASIH

Meriduimu kekasih
Insan pilihan permata mulia
siapalah aku mengharapkan cinta
Layakkah kutemui disana

Menyintaimu kekasih
pembawa rahmat ke seluruh maya
mengenalkanku kepadaNya tuhan
yang memerintah yang Maha Kuasa

Aku insan berdosa
Kau utusan dariNya
memimpin daku ke arah cahaya
sirna hidupku kau ternagi indah
gelita jiwa terbuang gerhana

Muhammad... Muhammad
mengalir air mataku
yang penuh dengan cinta

Muhammad... Muhammad
kau kekasih mulia
kasih tuhan yang esa
kasihMu jua kudamba

(selawat....)

Tuhan Kau peliharalah
rindu, cintaku selamanya
moga bahgia tiada derita
di hari perhitungan sana

(selawat....)

Muhammad... Muhammad
mengalir air mataku
yang penuh dengan cinta

Muhammad... Muhammad
kau kekasih mulia
kasih tuhan yang esa
kasihMu jua kudamba 2x


Munsyid : Assaufee
Tajuk: Rindu Kekasih

------------------------------------------------

SATU CINTA

Oh Tuhanku
Engkau dengarlah rintihanku
Diwaktu keheningan malam
Engkau terimalah bisikanku
Diwaktu keseorangan
Engkau kabulkanlah doaku
Walaupun aku tidak pandai memohon

Aku hambaMu
Yang hina ini
Datang kepadaMu
Diwaktu kegelapan malam
Mengadu segala kesalahan
Memohon dengan RahmatMu
Keampunan & kemaafan dipinta

Aku datang kepadaMu
Menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
Menyerah diri dengan penuh kehinaan
Tuhan......

Sudah aku bersungguh beramal..
namun byk cacat celanya bahkan ku anggap derhaka..
ditambah lagi dgn dosa2 jauhariku yg belum dpt aku tgglkan..

Sebenarnya aku tersiksa dgn dosa..
jiwaku tidak tenang dgn sgala kesalahan..
kerana itulah aku dtg mngadapmu....
memohon keampunan....
ampunkanlah aku tuhan...
kalau engkau tak ampunkan...
hidupku sudah tiada erti apa2 lagi..
kaya pun tiada guna apatah lagi miskin papa
segala yang aku miliki sudah tiada nilainya...

Munsyid : Hasnul jamal
Tajuk: Satu cinta