Monday, June 22, 2009

5 days left...

tinggal 5 hari je lagi tuk ikha duduk bergumbira kat rumah ni b4 ikha pergi meredah dunia master...betul ke ni ikha? btul ke ikha nak sambung master???yela dulu mmg ikha nak, doa sgt untuk saat ni....err,tp kenapa ikha rasa ragu2 skrng...macam ade satu perasaan pelik yang bersifat kenegetifan..hmm..ikha takut ikha xleh hadapi dunia master ni sorang2 kot..ikha xbape paham lagi tajuk reseach ikha kali ni..serius haritu final year project ikha pun ramai yang tolong..lgipun tajuk dulu xsusah mane..supervisor pun baik ngat bg dpt A..tpi ni master..tajuk pulak cam kait2 akuakultur sket...ikha xblajar sgt..minat tu mmg xyah ckp la kan..tambah2 nnti kene present research byk2 kali..kat cnference, dpn2 ramai2 orng sume....hmm
tpi.. ikha tau..Allah yg mmbawa ikha kesini..sampai ke tahap ikha sekarang ni..ikha harap sgat ni keputusan yg terbaik insyaAllah..ykin..so..ikha kene kuat..i can do this..!i have to...although it may seems so hard, for a girl like me...like me? yela sape yang kenal ikha tau la kot...but i really hope Allah will make the path easier for me..Ya Allah,kalaupun bkn sekarang.. berilah aku nmpk kebaikan jalan ini satu masa nnti..amiin..

28hb ni papa n mama akan hantr ikha ke terengganu menaiki kereta viva..dan kereta tu akan dtinggalkan kat terengganu untuk ikha...papa ngan mama balik naik bas malam tu..cian pulak..tpi tula..ikha bkn saje2 nak bwk kete p sane..tpi memandangkan nnti wat master duk umah sewe xde kenderaan nak g kampus..xkan nak tumpang kawan sentiase..terpaksa drive sendiri..nak bawak moto lesen pon xde..lagipon mama xbagi ikha naik moto...bahaye katenye..
n 15hb 7 nnti, hari konvokesyen ikha insyaAllah..ya Allah..ahamdulillah kejap je 3 tahun berlalu..dapat jugak grad walaupun dalam kepayahan n pembahagian mase sane sini..kejar2..habis jugak..lagi sekali mama n papa je datang insyaAllah..aishah da masuk u, xle la ikut g mane2 dah..haha

Saturday, June 6, 2009

~Penenang Jiwa~

Harini ikha baru abeskan membaca sebuah buku dari terjemahan kitab mukashafah al qulub yang ditulis oleh Imam Al Ghazali.buku ni dah lama papa beli, nak dekat setahun kot, tapi ikha baru tergerak hati untuk baca cuti2 ni.. sememangnya xrugi baca buku ni.. penenang jiwa.. kata orang penenang jiwa adalah membaca AlQuran , wirid, zikrullah, solat, n even isteri yang solehah pun penenang jiwa..n sememang nya buku ni menceritakan tentang sume2 tu...dalamnya terdapat banyak perkara yang boleh memberi motivasi kepada diri kita untuk terus bersemangat mempertahankan iman dalam diri..Dunia dan segala isinya walaupun kita semua mngakui ke'sementaraan'nya..tapi kadang2 kita sebagai manusia akhir zaman tetap leka dengan keseronokan yang ada didalamnya..dan tanpa kita sedari kelalaian ini lama kelamaan akan menyebabkan jauhnya hati kita dengan Allah dan memberi jalan mudah untuk nafsu dan syaitan menguasai diri..

“Ketahuilah di dalam jasad manusia ada segumpal darah, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.” (H.R. Bukhari & Muslim)

Hati..adalah tempat dimana selalu terjadi peperangan antara bisikan syaitan atau pegangan agama. Antara kebatilan dan kebenaran..Antara maksiat atau kesabaran..
Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik2 hitam yang xdapat dilihat..namun dalam diam ia mengotori dan mengeraskan hati..

Buku ini memberi pengisian yang bermakna untuk terus meningkatkan iman kita tatkala ia mulai jatuh...mengorek barah yang bersarang dihati katenye..buku ini menjelaskan sebab dan bahayanya..serta sikap mereka2 yang telah mencapai tingkat yang tertinggi dalam imannya... 111 bab,438 m/s yang mana merangkumi segala aspek yang diharapkan dapat mengubat hati dalam meniti kehidupan untuk menuju kepada keredhaan Allah swt.....antaranya bab2nya ialah perlunya takut pada Allah, memerangi nafsu dan syaitan, bertaubat, mahabbah kepada rasulullah saw dan Allah swt, memusuhi syaitan, khusyuk dalam solat , mengingati maut, syurga dan neraka, dan banyak lagi..

Pendek kate Ikha suke baca buku ni..ia menginsafkan...terkesan dengan banyak bab yang terdapat dalm buku ni..antaranya bab dimana ia menceritakan tentang melatih diri menahan nafsu dan memerangi rayuan syaitan.

kata imam ghazali...Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu.Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan bermacam angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah, bersuka2 dan bermalas2an. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya maka hancurlah engkau. Jika engkau lemah melawannya lalu menuruti segala kemahuaannya, tentulah dia melemparkanmu ke neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan..ia adalah sumber bencana. Dialah markas iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik ataupun jahat.

Firman Allah:
"Adapun orang yang melampaui batas.Dan mengutamakan kehidupan didunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya" (An Nazi'at:37-41)
Astaghfirullah..peringatan yang amat jelas dari Allah..

Yahya bin Mu’az ar-Razi berkata “ Berjihadlah menentang nafsumu dengan bersenjatakan riadhah empat perkara: Makanan yang sedikit, tidur yang sedikit, bercakap ketika perlu dan bersabar menanggung derita. Makanan yang sedikit mematikan syahwat, tidur yang sedikit menyelamatkan diri dari bencana dan sabar menanggung derita menyampaikan tujuan”. Yahya bin Mu’az berkata lagi “ Musuh manusia ada tiga: Dunianya, Syaitannya dan nafsunya. Berjaga-jagalah dari dunia dengan mengamalkan zuhud dan dari Syaitan dengan menentang godaannya dan dari nafsu dengan meninggalkan syahwat”

Sebahagian ulama' mengatakan, "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia akan meringkuk dalam penjara kegilaannya.Dan hatinya semakin lalai.Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menanam pokok penyesalan dalam hatinya"

Diceritakan bahawa Malik bin dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia teringin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya. kemudian malik mengambil dan memandangnya seraya berkata"wahai nafsu, engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun, padahal umurmu tinggal sesaat lagi" maka dia buang gelas itu dari tangannya dan menahan nafsunya sehingga dia meninggal. Demikianlah sifat para ambiya, aulia, sidiqin,zahidin serta orang2 yang merindukan Allah.

Diceritakan daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat Iblis membawa beberapa tali. Kemudian dia bertanya "apa itu?" Iblis menjawab inilah syahwat. Dengan ini akan aku ikat anak cucu adam" Yahya a.s bertanya lagi "Apakah pernah engkau mengikatku dengan ini?" Iblis menjawab "Tidak, hanya pada satu malam kau makan hingga kenyang kerananya aku beratkan engkau melakukan solat" kemudian yahya a.s berkata " sesungguhnya setelah kejadian itu aku xkan makan sampai kenyang selamanya" Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang sepanjang hidupnya kecuali satu malam.

Solat yang khusyuk dan hati amat dekat kaitannya..andai hati dipenuhi noda2 hitam kerana kemenangan syaitan dan nafsu, maka adakah mampu untuk kita menrasai khusyuknya solat? Imam al ghazali berkata bahawa "khusyuk itu adalah perbuatan hati.Engkau menjaga jiwa solat iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya.Maka janganlah engkau sujud dan ruku’ melainkan apabila hati engkau sudah bersedia melakukan khusyuk, dengan apa yang dikerjakan oleh anggota zahir engkau kerana yang amat dikehendaki di dalam solat ialah kepatuhan hati, bukan hanya kepatuhan anggota badan”


~Jagalah Allah..Allah menjagamu..~