Thursday, May 21, 2009

Pengalaman menjadi tetamu Allah dan tetamu rasul..



Masih keletihan..namun hati ini masih penuh dengan rasa syukur kepada Allah kerana sifat Maha penyayang dan Pemurahnya..ikha selamat pergi dan sampai dari menunaikan umrah..13 hari berada kat mekah n madinh terasa sungguh cepat.
selsema and sakit tekak still terasa sejak sehari sebelum ikha balik ke malaysia.. tapi alhamdulillah ia menyerang disaat2 akhir dan xmengganggu hari2 ikha disana...

ikha teragak2 sebenarnya..untuk menulis tentang pengalaman ikha..mampukah ikha menggambarkan perasaan ikha sewaktu berada di 2 tanah suci tu melalui tulisan..sebab keindahan perasaan tu xkan mampu terucapkan oleh kata2..xkan mampu..
namun sememangnya segala pengalaman disana amat berharga...segala yang ikha lalui membuatkan ikha terfikir..betapa Allah Maha Penyayang mampu memakbulkan doa hamba2NYA walaupun hanya lintasan hati...Ya Allah...aku rasainya....sememangnya ikha tak nak lupakan perasaan2 yang ikha rasai waktu disana..waktu pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci,pertama kali melihat masjid nabawi..masjidil haram...kaabah..sungguh perasaan itu amat indah..

apa yang boleh ikha katakan, alhamdullilah segalanya berjalan dengan baik and ikha amat2 terharu Allah kurniakan peluang untuk ikha menjejakkan kaki di tanah suci yang amat ikha nak pergi sangat selama ni..dengan budget yang cukup2 untuk buat tambang n belanja kat sana hasil daripada duit EPF papa..Allah makbulkan doa ikha mama papa and aishah untuk mengerjakan umrah..Terima kasih ya Allah.. Kau telah membuka rezeki, jalan dan hati ayahku untuk membawa kami menyahut panggilanMU..

Walaupun pemergian kami ke tanah suci hanya 2 minggu namun kehadiran sanak saudara di lapangan terbang seolah macam nak pergi haji sebulan..family abang besar, family abg jery, abg zul&kak rina dan maknye, maklong, paklong, siti, tokchah, abg ezy, rizal and staff2 under papa yang turut sama mnghantar...memang riuh dengan kanak2 berlari2 kat KLIA tu..sampai saja kat sana papa yang uruskan semua hal tiket and urusan perjalanan dengan agen Andalusia travel&tours..sementara tunggu papa, ikha mama n aishah duduk kat kerusi tepi2 dengan saudara mara, sambil mama sembang2 hal orng dewasa...while ikha, ct n aishah plak buat keje tangkap2 gambar...
tok chah pulak yang memang sifatnya suka membekalkan kami dengan masakan xkira kemana saja anak2 cucu cicitnya pergi sekali lagi telah mengoreng karipap pusing secara pukal yang diulinya sejak pagi.n sume karipap tu telah siap dibungkus untuk setiap family yang ada disitu..huhu..hebat betul tokchah ni.. syng tokchah...

selepas salam2 semua saudara yang datang, bermulalah perjalanan kami yang sebenar ke tanah suci..8 jam dalam flight mmg agak lama tapi macam teruja baru first time naik flight besar2 g jauh2 ngan family..kalau naik airasia dulu mmg sempit je tmpat ddk..

flight saudi arabia selamat mendarat trus kat jeddah and seterusnya kami disambut oleh staf andalusia..perjalanan kami seterusnya adalah selama 5 jam ke madinah al munawwarah..madinah memang bes..walaupun musim panas waktu ni bahang macam duduk kat depan kuali mmasak.. tapi segala kat sana sgt best..

terpegun.bila mula2 melihat binaan indah masjid nabawi.. Subhanallah..cantik..bersih..dengan burung2 merpati berterbangan didepan kawasan masjid tu..menambahkan ketenangan kawasan tu.. sekali lagi ikha bersyukur Allah memberi kesempatan untuk ikha masuk didalam masjid nabawi apatah lagi dapat bersolat di kawasan raudhah..taman syurga....walaupun hanya 2 kali ikha dapat masuk raudhah..namun 'kemasukan' itu sunguh bermakna...3 hari brada di madinah membuatkan ikha aishah n mama tak dapat memasuki kawasan raudhah banyak kali...muslimat pula mmg hanya ada 3 waktu untuk masuk dalam sehari...sebelum masuk semua kena tggu giliran.. orang2 arab dulu and orang bahasa melayu selalunya lambat2 sikit..mgkin ni mmg cara terbaik untuk orang xberebut2 n memberi semua peluang untuk solat di raudhah... 1st time ikha masuk tak berapa padat sbb orng bahasa melayu semuanya.. mungkin ada sikit terkena tolak2 tu biaselakan..tpi 2nd time masuk sememangnya padat xterkata.. sebab masuk dengan orang arab sekali..xtaula arab ngan pakistan pun ada...mmg kepadatan xtergerak..xboleh nak solat..ikha cube 2-3 kali even nak berdiri tegak pun xboleh..

dalam kesesakan tu, ikha pergi menuju ke barisan hadapan sekali dengan harapan dapat solat kat situ..meninggalkan mama n aishah yang memang ikha dah xnampak lagi mana diorang..ikha fikir klu pg dpn ikha leh sujud dgn aman..n ikha decide tuk tunggu orng yg tgh solat tu dgn doa ikha dpt msuk lepas salah seorang antara mereka selesai solat..agak dlm lebih 5minit tunggu, 5minit yang penuh dengan ragam dan kejadian..terasa give up mula 2 sebab sumua macam xnak bangun dan ade yang dah copkan tempat untuk saudara2 dia..tapi ikha yakin, kalau kita betul2 nak Allah mesti bagi..lama jugak terasa berdiri menunggu and alhamdulillah ada seorang makcik ni bangun..makcik tu mungin perasan ikha da berdiri lame n tarik tangan ikha masuk kat tempat dia.. waktu tu hnya Allah yg Maha Mengetahui prasaan ikha...hanya Allah yang maha Mengetahui..

Sungguh peluang yang Allah beri untuk ikha mendekati makam rasulullah dan shbt2 dan mnyampaikan salam kepada mereka akan ikha ingt sampai bila2..

selepas 3 hari di madinah..mekah mnjadi destinasi.. perjalanan 2jam dari madinah xtrasa sebab tido je dlm bas...smpai kat mekah, kami terus dibawa melaksanakan umrah dimasjidil haram dibawah bimbingan ust nidol. pertama kali mnjejakkan kaki ke masjidil haram terasa gementar hati apatah lagi pertama kali melihat kaabah didepan mata...Alhamdulillah sepanjang d sana kami walaupun kaki mama sakit2 sendi tapi semangat mama kuat untuk ikut wat umrah jugak..dan berkat doa mama selalu sebut robbi yasir wala tu asir..alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik disana..
Ya Allah..aku bersyukur padaMU tuhan..sesungguhnya Kau sememangnya Maha memakbulkan doa2 hambaMU...

mungkin saat paling mencabar adalah waktu nak mencium hajarul aswad..sungguh memang ikha xmenyangka ikha akan berada dikalangan orng dok berebut2 tu...teringin la kan nak cium 8batu tu..tapi xtersampai hajat..orang kata kalau nak dapat cium hajar aswad, niat kena kuat..tula,mungkin niat ikha terbantut disebabkan keadaan terlalu sesak..ikha cuba masuk jgk dlm kepadatan tu mula2, tapi bila terasa terlalu padat, terasa mcm berdosa je brada dikalangan orng tolak menolak tu.. n ade sstngh pmpn yg mcm da abeh terselak tudung2 sume.. tringat cerita dimana saidatina Aisyah sendiri tak mahu pergi apabila diajak sahabat2nya untuk mencium hajarul aswad wlaupun ktika itu beliau masih belum mencium hajar aswad lagi, kerana ketika itu ramai sedang berkerumun disitu..ikha berniat tuk undurkan diri..mungkin belum ada rezeki ikha..walaupun da hampir depan jugak..tapi sblum tu, ikha amek kesempatan tuk pegang batu tu..hajarul aswad..pegang je..and nmpk la dari jarak dekat what its look like..

mama ngan papa dapat cium batu hajar aswad tu alhamdulillah sbb dibantu oleh 2 org lelaki indonesia..ikha dapat rasa memang mama akan dapat cium sebab ikha dengar mama selalu cakap harap2 dapat cium..akhirnya Alhamdulillah..Allah makbulkan..... disebabkan ikha n aishah pakai purdah hitam ala2 arab time tu, orang indnesia tu xbantu katanye sebab ingt orng saudi..huhu..xpela..tapi indonesia tu minta upah la kemudiannye bila mama n papa dpt cium..

sementara dimekah, andalusia dah mengatur lawatan ke banyak jugak tempat seperti museum,jabal thur n jabal rahmah,ladang unta, ladng kurma kat madinah..n jugak byk tmpat lain... xbyk gambar sgt yang dapat tangkap time tu.. sbb kami xbwk kamera betul pon pegi sana..cuma guna handphone je tuk tgkp gmbr..

ni gambar depan gate abdul aziz, dimana gate yang mula2 kami nampak apabila menuju ke masjidil haram dari hotel yang kami tinggal..jarak antara hotel dan masjid lebih kurang 400meter jalan bengkang bengkok..


hari terakhir ikha kat sana..selsema...rasa sakit kat tekak n kerongkong..namun tawaf wida' harus ikha laksanakan sebagai tanda selamat tinggal kepada tanah haram ini..Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya..hari terakhir memang sayu..Hanya Allah yang maha mengetahui perasaan itu..
sebelum balik ke hotel..kami merenung kaabah buat kali terakhir..merenung dgn penuh doa dan harapan...
ya Allah..terimalah segala ibadah kami sepanjang kami disana.....

aishah bg cdangan suruh extend.
budak ni suke2 je.
huhu, tapi ikha faham..berada kat sini mmg tenang...sentiasa tenang...fokus kepada ibadah..sapa yang xnak lama2 kat sini..xpuas rasanya...tapi papa kene keja..lagipun duit pun xmencukupi dah nak extend2.. so pukul 2ptg check out dari hotel abeer garden untuk kejar flight pukul 11mlm..n dalam flight kali ni, ikha tido je sepanjang perjalanan..sebab dah telan ubat selsema dalam flight tu...makanan pun ikha xmakan sebab xrasa apa2,blocked nose time tu..ikha makan buah je..bila dia hidang makan kali ke2 mama kejut n ikha minum jus oren dengan air kosong..rase nasik jugak sikit sbb tibe2 deria rasa ade semula..

sampai..abang,kakaya,comei,adam,abg zul n kak rina datang jemput kat airport...alhamdulillah,sume nampak ceria n cucu2 gembira mnyambut kepulangan datuk nenek n makcik2nya..=)

---------
sebenarnya..sehingga ke hari ni(29hb 5),
Baru ikha habis menulis post kali nih walaupun xla panjang mana pun...
n bila ikha baca semula post yang ikha tulis,sungguh ikha telah merindui saat2 itu...

melihat kaabah disejadah kini terasa seperti masih disana...sayu.mengingati semula tempat dimana ikha xmengalami sakit kepala walaupun berada betul2 dibawah sinaran matahari tengahari yang terik..

Alhamdulillah.. bagi ikha..masa kat sana..terlalu banyak ilmu yang ikha pelajari..samaada daripada kata2 mutawwif atau pengalaman sendiri..ikha belajar..ikha amat berharap, segalanya akan kekal di minda, di hati, di jiwa dan di fikiran ikha sampai saat akhir ikha berada di dunia ini~ Ya Allah jemputlah aku kembali...