Monday, February 23, 2009




Wahai diri....
andai kata Allah mentakdirkan kesusahan dan kesedihan dalam hidupmu..
Maka janganlah kau cepat melatah dan bersedih hati...
janganlah ia melunturkan semangatmu untuk terus menjalani kehidupan ini..

REDHALAH...
kerana sesungguhnya tak semua yang kita mahu itu adalah yang terbaik untuk kita...
QANAAHLAH...
ingatlah setiap nikmat kurniaanya padamu..
nikmatNya yang tak terhitung dan takkan pernah terbalas..
BERSABARLAH..
sesungguhnya Allah berhak keatas diri mu..
Allah berhak untuk menentukan takdir hidupmu..
Allah berhak mengambil kembali segala apa yg diberikan padamu..
dan Allah juga berhak untuk menimpakan segala apa jua bentuk ujian kepada mu..

maka beringatlah ..
bersedialah..
andai kata ujian datang
menguji iman dihati..

SABAR dan REDHAlah walaupun keduanya tidak mudah..
namun iman dihatilah yang memudahkannya..

ingatlah Allah sentiasa dekat..
Dia sentiasa menjaga dirimu..
Dia takkan menjadikan sesuatu ujian hanya untuk sia2..

Sematkan pada diri..
bahawa Allah menciptakan kamu d dunia ini
bknlah untuk bersenang lenang dan lalai dengannya..
Namun untuk kita mentaatiNYA,
untuk menguji siapakah yang layak untuk syurgaNYa..

Dan..andai musibah itu datang..
Ingatlah akan segala janji2NYA..
Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar..


Allah berfirman yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

“Dan Kami akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami mengetahui (baik buruk) hal ehwalnya.” (Surah Muhammad, ayat 31)

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Taghabun, ayat 11).

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu.Tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabKu sangat berat”(Ibrahim ayat 7)

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”(Al-Ankabut:2)

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Percayalah..dengan sifat Maha PenyayangNYA..
sesungguhnya Allah menyayangi mu....

Saturday, February 21, 2009

berfikir~

Mungkin sifat semulajadiku yang terlalu open ni perlu di beri perhatian..
Open disini membawa maksud terlalu jujur menceritakan tentang diri apabila ditanya..
bkn open lain....
huhu..
Now,i do realize..
that i really have to do something about it...~

Friday, February 20, 2009

Ya AllaH...aKu TiDak mAHu bErpALiNg lAgi..




Ya Allah..

Bantulah aku untuk tidak berpaling lagi..

pada masa silam ku..

pada waktu jahilku...


Tuhan...

hari ini..

sungguh aku rasa bersalah..

apabila tali2 AstaghfiRuLLah ku putuskan sendiri..

Sungguh aku mencemuh diri ini...

diri yang sentiasa mencemari taubat padaMu Illahi..


Apalah yang aku fikirkan yaAllah..

sehinggakan aku lupa menyandarkan segalanya padaMU..

dan tanpa sengaja..

aku seakan menyirami semula benih2 jahiliyah ku...


Tuhan...

Aku tidak mahu begini!

sungguh ini bkn yang aku mahukan...

bukan begini..

Bukan begini yang kuharap!

Bukan!

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku!

Ampunkanlah Ya ALlah…

Ampunkanlah…

DemiMu Ya ALlah,

Izinkan ku capai pemadam itu,

Izinkan ku padam rasa itu dari mindaku…

Sebak dadaku, sesak nafasku…

Bantu aku Tuhanku..

Aku mahu tetap meletakkan cinta Mu teratas dalam hatiku..

sungguh aku percaya

cinta Tuhanku

akan memberi

sepenuh ketenangan dan kebahagian dalam hidupku..

Aku bkn aku yang dulu..

Aku punya Matlamat Agungku Yang Satu...

Cinta Agungku

Aku pendamba Cinta AgungMu, Tuhan!

Padamkanlah rasa itu…

Aku tak tega pertukaran ini berlaku,

Hatiku hanya untukMu Ya Robb!


..ikhazmi
-------------------------------------------------------------------------------

"Oh Tuhan, hadirkan cintaku padaMu dan RasulMu melebihi cintaku pada sekalian makhluk ciptaanMu. Terimalah aku sebagai salah seorang perinduMu dan pendamba cinta agungMu. Sesungguhnya aku ini hamba yang hina dan banyak pula maksiatku padaMu. Jangan sesekali Kau sisihkan aku dengan kehinaanku ini... Kembalikan aku ke pintu hidayahMu. Aku mencintaiMu Tuhan.Kabulkanlah doa permintaanku ini.."

Monday, February 16, 2009

Terima kasih Ya Allah...KAU maha penyayang antara semua yang penyayang..


Hari tu ikha balik rumah......lagi.
mase nak balik terngganu blik..
cium tgn n pipi mama papa...
sayu rasenye..huhu
rase xnak tinggalkan diorang..
rase byk susahkan mama n papa..
_tangkap gmbr ni dri dalam bas_

ikha tau mama papa sllu cuba bagi ape yang anak2 die nak..
selalu...
mintak la ape pun..selagi boleh diorg akan buat..
klu papa...banyak duit dihabiskan untuk anak2..
pagi2 sebelum subuh dah kene pegi keje..
drive dari Melaka smpai pJ..
subuh kat office..
Maghrib baru sampai rumah..
cian..ikha klu bgun pagi2
klu nmpk papa nak g keje..
mesti rse sayu je hati..
doa spya Allah jage papa sllu..
papa klu time ade duit..
anak2 nak ape pun pape beli...
ingt lagi dulu..
ikha xdela mintak..
tpi ikha ckp kawan2 ade ni, kwn2 ade tu..
papa pun cbe nak bagi ikha ade jgk..
ika tau papa syng ikha sgt..
ikha dpt rase tu..
tmbh2 time bile ikha masuk u ni..
papa mmg baik sgt..huu
ikha ingt lagi dulu kecik2,
ikha rapat ngan papa..
ingat..ikha ingat..
mase duk kat wangsa maju t, papa sllu bwk ikha jalan2..
ikha naik basikal bdk2 tu..zul ngan papa jalan kaki..
aishah kecik lagi xikut..
pastu dalam pejalanan tu mesti sllu singgah satu kedai ni..
n beli air ribena dlm botol kace tu kat ikha..
pastu dulu2 papa sllu bercerita ngan ikha..
papa beli buku2 cite n cerite kat ikha..
ikha suke...
tula..mmg kecik2 ikha rapat ngat ngn papa..
ikha sayang papa sgt..
Papa mmg ayah terbaik Allah kurniakan untuk ikha..ikha amat2 bersyukur..


mama pun ikha sayang sayang sayang sgt...
mama pun selalu cuba penuhi pe pun yg anak2 mama nak..
walau kne susah payah mcm2..
kdng2 abg2 ikha tengah2 bulan xcukup duit..
mintak kat mama...
cian mama pun xda duit...
mama selalu risau fikir benda2 tu..
mama sllu pesan..gaji xbyk, jgn hutg byk2..
hutang xbyr, kete nak kene tarik, bill api nak kene potong..
mak mne yg xrisau..
tpi abg ikha yg sorg tu xla mcmtu alhamdulillah..
die bgi mama gembira selalu..
ikha pon klu blh nak bagi mama papa gembira selalu..
sbb mcm papa, mama byk bekorban untuk keluarga..
nak kate dari kecik..mama jage sayang ikha n anak2 mama yg lain..
didik ikha sampai ikha jadi mcm sekarang..
xterbalas sume tu..huhu
jaga makan pakai keluarga, urus rumah tangga ngan baik..
mama masak sedap2..
selalu jugak anak2 mama menyusahkan mama mintak makann yang diorg teringin nak makan..
cakap je teringin nak makan ape mesti mama try nak buat..
klu kdg2 tu zul balik rumah atau ikha balik..
mesti ade je menu special..
soto, laksa, nasi tomato,ketam, kek, karipap..
walau time tu tgh tengah2 bulan..
hutang dulu ngan pak mat, "market bergerak"..
ikha tau mama penat bt keje rumah sorg2..
kdg2 ikha balik ikha tolong sikit2 tapi xbyk mne pon..
cian mama
jage cucu lagi..
nasib baik ade kak aya tolong mama masak kat umah...
mama mmg mama paling baik ..
ikha syng mama sgt..
ikha bersyukur Allah kurniakan mama yang terbaik untuk ikha...=)

...terima kasih mama papa...ikha sayang sangatx1000..

”........Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunan. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
(Al-Ahqaaf ayat 15)





Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku..
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku..
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir..
Dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih..

Amin Ya Rabbul Alamin..