Wednesday, January 21, 2009

Dan..



~~Dan perasaan ini seakan tak tertafsirkan~~

Lagi 3 hari insyaAllah klu xde pape halangan ikha akan balik melaka tuk cuti raye cine..yey!
Sbnarnye student umt akan ramai balik stat dr esok(khamis), ikha de hal sket n kene balik hari sabtu..de tggjwab yg perlu ikha tunaikan..tp xpeje asalkan dpt balik..hehe

tapikan cuti ni ikha kene siapkan draft tuk thesis nak tunjuk kat supervisor bukak cuti nnti..oleh itu, ikha perlu menjadi lebih produktif cuti nih,hehe..walaupun da plan sebaik je ikha mnjejakkan kaki kat melake cntral tu, trus pergi shah alam rumah zul..de hal sket kat shah alam...lagipun isnin selase tu papa cuti sbb raye cine..

ntahla..baru2 ni papa pegi check darah...n resultnye xbape baik... dr akan bt 2nd test tuk konfirmkannye..
Ya Allah...kuatkan papa n mama ya Allah..ikha akan doakan papa mama selalu, papa mama jgn riso k..
Allah Maha penyayang n ikha yakin Allah sayang mama papa lebih lagi daripada mcamane papa mama dah menyayangi ikha since ikha kecik...
InsyaAllah..ikha hrp dpt jd anak yg soleh yg blh mndoakan ibubapanya..




~Syukur padaMu ya Allah..Kau kurniakan aku ibubapa sprti mama n papa..aku amat2 sygkan mereka..pertemukan kami sekeluarga disyurga MU nnti..Amiin ~

Tuesday, January 13, 2009

Usah layukan semangatmu, usah kurangkan doamu..

Dan hari ini..kira2 hampir 1000 saudara Palestin telah syahid manakala 4400 cedera..


Astaghfirullah..
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,
andainya usaha kita belum cukup untuk membantu mereka...
Boikot produk2 yg bersekonkol dgn zionis..!
Dan berdoalah untuk saudara kita disana..


Qunut Nazilah


Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amin…!

.........................................

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."
bacalah surah Al Fil.. membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah..

* SESUNGGUHNYA DOA ITU SENJATA MUKMIN!

LiRik2 NasYid yg aMat2 Best..;'(

HARAP KASIH NYA

Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta bicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya

Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista

Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka

Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina

Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya

Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya


Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
----------------------------------------------------
RINDU KEKASIH

Meriduimu kekasih
Insan pilihan permata mulia
siapalah aku mengharapkan cinta
Layakkah kutemui disana

Menyintaimu kekasih
pembawa rahmat ke seluruh maya
mengenalkanku kepadaNya tuhan
yang memerintah yang Maha Kuasa

Aku insan berdosa
Kau utusan dariNya
memimpin daku ke arah cahaya
sirna hidupku kau ternagi indah
gelita jiwa terbuang gerhana

Muhammad... Muhammad
mengalir air mataku
yang penuh dengan cinta

Muhammad... Muhammad
kau kekasih mulia
kasih tuhan yang esa
kasihMu jua kudamba

(selawat....)

Tuhan Kau peliharalah
rindu, cintaku selamanya
moga bahgia tiada derita
di hari perhitungan sana

(selawat....)

Muhammad... Muhammad
mengalir air mataku
yang penuh dengan cinta

Muhammad... Muhammad
kau kekasih mulia
kasih tuhan yang esa
kasihMu jua kudamba 2x


Munsyid : Assaufee
Tajuk: Rindu Kekasih

------------------------------------------------

SATU CINTA

Oh Tuhanku
Engkau dengarlah rintihanku
Diwaktu keheningan malam
Engkau terimalah bisikanku
Diwaktu keseorangan
Engkau kabulkanlah doaku
Walaupun aku tidak pandai memohon

Aku hambaMu
Yang hina ini
Datang kepadaMu
Diwaktu kegelapan malam
Mengadu segala kesalahan
Memohon dengan RahmatMu
Keampunan & kemaafan dipinta

Aku datang kepadaMu
Menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
Menyerah diri dengan penuh kehinaan
Tuhan......

Sudah aku bersungguh beramal..
namun byk cacat celanya bahkan ku anggap derhaka..
ditambah lagi dgn dosa2 jauhariku yg belum dpt aku tgglkan..

Sebenarnya aku tersiksa dgn dosa..
jiwaku tidak tenang dgn sgala kesalahan..
kerana itulah aku dtg mngadapmu....
memohon keampunan....
ampunkanlah aku tuhan...
kalau engkau tak ampunkan...
hidupku sudah tiada erti apa2 lagi..
kaya pun tiada guna apatah lagi miskin papa
segala yang aku miliki sudah tiada nilainya...

Munsyid : Hasnul jamal
Tajuk: Satu cinta

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H


HIKMAH MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini (3 kali pada waktu Asar), maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

DOA AKHIR TAHUN



Bismillahirrahmanirrahim

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Ya Allah! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



HIKMAH MEMBACA DOA AWALTAHUN HIJRAH

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini (3 kali pada waktu Maghrib) InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

DOA AWAL TAHUN



Bismillahirrahmanirrahim

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday, December 22, 2008

Just a little note

Yakin dan rEdhalah akan semua yg Allah bEri….kerana itulah yg tErbaik mEski yang tErbaik itu tak selalunya yang tErindah…

Thursday, December 18, 2008

Nasyid..

Photobucket

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyayang...
td ikha dgr nasyid.fm ni n terdengar la satu lagu ni...walaupun time tu ikha xconcentrate sgt lirik die tp melodi die mcm sedap je..sayu je..menyentuh hati je..;P
so ikha pun cari la lagu ape ni n ni la lagu die...
Keimanan - by Shaffix

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA




Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan
derita yang mendalam

Seujung rambut pun
aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal kan menjelang
jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu
tetapkan muslimku selalu..

;-)

Wednesday, December 17, 2008

teringat.....

kesedihan menyelubungi...
tiada airmata namun hati pedih merasai....

Ya Allah...
sukarnya melawan kehendak hati....
namun demiMU Illahi...
selagi terdaya dan selagi ditakdirkan begini...
akukan kuatkan diri...
demi sebuah kebahagiaan yg diredhai....

Sunday, December 14, 2008

Kisah Cinta Sejati Khadijah

Bismillahhirahmanirahim..

now ikha kat selayang...

rumah maklong n siti-my coolest aunt n cousin..;)

and yesterday i met with my best friend..

and we went to a mall which seems to be our one and

only favourite place to hangout 2gether-Selayang mall! haha

n supposed hari ni da plan nak jumpe deeya....

tp it was cancelled..

die kene keje...xpat cuti...

xpe la..

semalam ikha kuar ngn wirda ikha beli satu buku baru...




Kisah Cinta Sejati Khadijah..

xabis bace lagi tp besla buku ni...

mule2 tgk cover depan die lagi da tertarik..

buku sirah ni menceritakan tentang keperibadian Khadijah..

sehinggakan beliau mnjadi seorng isteri yang paling disayangi

Nabi Muhammad saw..

Khadijah memiliki keperibadian yang mulia..

rela mengorbankan seluruh harta, jiwa raganya untuk

dakwah Rasulullah..

Beliau mnyokong n mbangkitkan semangt dakwah Rasulullah...

Khadijah lah wanita yg menerima salam langsung dari Allah

melalui malaikat Jibril kepda Rasulullah..

Allah mjaga diri Khadijah dari segala cela..

sehingga penduduk Mekkah mengenalnya sebagai 'wanita suci'..

Khadijah adlh wanita tristimewa bagi Rasulullah...

Rasulullah selalu menyebut nama Khadijah dan mgistimewakan

sahabat2 Khadijah, walau hingga Rasulullah wafat...

Inilah kisah Khadijah, cinta sejati Rasulullah....


N buku ni secara xlangsung memberi motivasi jgk sebenarnye

kpda pembaca..

terutama kpda wanita ..

untuk mencontohi peribadi dan kesetiaan beliau

dalam rumahtangga...

Khadijah berperanan besar dalam menjadikan rumahtangga

Rasulullah indah, damai dan tenang..

Rasulullah bersabda:

" Aku diperintahkan untuk memberi khabar gembira

kepada Khadijah bahawa akan dibangunkan untuknya di

syurga sebuah rumah dari permata; tidak ada

hiruk-piruk dan rasa lelah disana"



besnya jadi Khadijah.....

Tuesday, December 9, 2008

ntahla..mcm xtau tajuk yg sesuai....

~~Pertama dan selamanya...setinggi kesyukuran padaMU ya Allah ....
memberi kesempatan dan kelapangan masa untukku menulis sesuatu lagi dsini....
moga kelapanganku tidak aku salah gunakan...~~

hmm..okey, nak dkate kan kursus pastry n menjahit xsempat ikha nak pergi sbb start lmbt lagi..;(
ikha da nak masuk sem baru dah lagipun,hm, xde rezeki nak mnimba ilmu menjahit n bt roti$kek..mgkin lain kali insyaAllah...belajar masak je ngn kak aya n mama..tu pun xsmpai seminggu pastu hari raye da sibuk ngn bnde lain dah...
emm, so ape ikha bt cuti ni? kebanyakannye ikha byk mghabiskan mase ngan family je...
tp alhamdulillah...Kau MAHA MENGETAHUI ;)

n hari raya haji kemarin, family belah penang dtg melaka..
ramai jgk la berkumpul n tem tu bt sekali birthday adam n azeeb..
alhamdulillah...dpt jumpe ramai sedare mare time raya ni...
mama n tokchah(nenek) masak byk jgk,ketupat kuah ketupat rendang dging, sambal, nasi minyak, n kek coklat...cian jgk, mcm penat je nasib baik ade kak aya n mamabu tolong sekali...




ikha tolong sikit2 je bab masak ni...sbb kene suruh bt keje lain..
keje ikha kemas rumah(cantik2), cat(hihi, mcm nak raye aidilftri je) pastu jge budak2 genius 4 org tu...=)
jage diorng da mnjdi smakin susah la sbnrnye..
kdg2 geram jgk ble drng xnak dgr ckp....
conteng dinding, tuang bedak,...

ade satu kali tu tgl jap drng dlm bilik...
drng main bedak satu bilik penuh bedak..huhu..saba je la..mak2 drng da mmg mrh da sllu,tp xmkn saman lngsng.....
yela ikha pun salah jugak, da tau drng mmg xleh dibiarkan tnpe pengawasan....
g tgglkan drng..em,ntah ape ikha bt time tu xingt...

abang tu da jarang buat hal mb da besa sket kot die tu...
turn si adik tu plak byk cakap..byk tnye...
adik ni skrgn suke bt hal n kdng2 tu bile die da start melawan n pukul2 org,
ikha akan gunakan taktik ikha ngn ckp kat die "ha, cuba tgk kat cermin tu...mkcik nmpk ade tanduk da tumbuh kat kpale adik tu....syaitan la tu..eee..cepat meh kat makcik cepat makcik bace bismillah allahuakbar bg hilang"

pastu die mmg takut la, dtg cepat ngn muke berfikir die tu peluk ikha...;p
pastu mmg jadi baik terus..hihi...

ikha dpt idea tu lepas tgk cite expose mistik yg berubat2 orng kene rasuk tu..time tu tgk sekali ngn diorng...
bdk2 tu takut tengok time orng tu berubah suara sbb kne rasuk...
n ustaz bce2 doa n sebut allahuakbar byk kali....
ntahla, drng xmakan saman dgn care larang2, tepakse la gune care ni jap smntre drng nak besa kan...

hm,so berbalik pade hari raye haji haritu,sambut lah adik n adam nye birthday tp hadiah kne sediakan untuk 4 org..
taknak yg 2 org lagi nnti kecik ati lak xdpt adiah katenye..huhu...
ntahla.. seronok je jdi budak2 tu...

Ya Allah...jadikanlah mereka org yg berguna,dan dpt berbakti kepda ibubapa, agama dan bangsa bila drng besar nnti.... amin..


em...
jumaat ni ikha nak g selayang insyaAllah nak jumpa kwn2..
sbnrnye ade reunion darjah 6 hari sabtu tu nnti, tp mcm berat lak hati ikha nak g xtau nape...sebb reunion tu tuk semua djh 6 batch ikha kot..mgkn byk org yg ikha xbape knl nnti...hmm, lagipun de acara kareoke n bowling lak..

ntahla..ape nak tulis lagi ek...
hm..sebenarnye kan..
kdng2 rse give up nak blog2 ni sbb ikha xpandai sbnrnye nak tulis ngn menarik....
ikha rase pening je ngn ayat2 ikha ni ntah org paham ke x ntah..
tp ntahla...ikha tulis je...lgpun mmg bende ni niat mule2 ikha menciptanye bkn untuk orang bace pun....

sllu nye dulu klu dlm diari ikha tulis sume ape yg ikha rase..
tp kat blog ni kene tapis sikit la...tapis? hihi..tuuut..no komen..
tp mmg ikha akui la ikha lagi suke tulis sume dlm buku dgn mgunakan pen....
wlaupun jujurnya tulisan ikha xbrape cntik..
tp bila curahkan perasaan tu lebih feel lagi bile tulis ngn tangan....
hmm..ntahla..hati byk menyimpan rahsia sebenarnye....
hati semua org pun byk rahsia....
sbb kdng2 ade benda yg kita xpat bgtau org lain atas sbb2 trtntu kan...huhu...
benda, perkara, perasaan, keadaan yg hanya kita je yg tahu...n Yang Maha Mengetahui lagi Memahami...;)

aku rindu pada-Mu.....



ya Ilahi,
ku biarkan jemari ini..merakamkan rasa hati..
kerana Kau maha mengetahui...
sesungguhnya ku ingin Kau sentiasa menemani..

KeranaMu illahi...aku bersyukur kerna masih disini..
Merasai perasaan untukMu sebegini ..
Walau ku berpaling beribu kali..
Kau tetap xjemu mengajak hati ini kembali ..;’(

Sungguh ilahi Rabbi...
Aku ingin mengingatiMU dalam tiap desah nafasku..
Dan tiap detik merasa kehadiranMu....
Ya Allah..
Terasa kerdilnya diri ini.....
Berdiri di sudut alam...
Di hadapanMu ya Allah…
diriku yg hina..
byk dosaku padaMU....
Namun ku yakini kasihMu tiada pernah kan terhenti..

Ya Allah tetapkanlah hati ini..
untuk terus menelusuri jalan hidayahMU..
Aku cuba..
meletakkan kasihMU tinggi di dalam hati..
Kerana tiadaku mampu...
hidup tanpa MU Illahi..;’(

Dan air mata ini terus mengalir...
seakan tiada henti...
tidak mampu ku luahkan betapa ku merindui kebersamaan dan
pertemuan denganMu, Rabbul Izzati..
ku biarkan kalimah2 di hati tersimpan rapi
kerana cintaMu Ilahi yang amat ku impi...



--ikhazmi


"Wahai Hati.. Jagalah dirimu.. Sesungguhnya dirimu mudah terbolak-balik.. Wahai diri.. Jagalah Hatimu.. Karena ia adalah Raja dalam tubuhmu... Yaa Muqollibal Quluub,,, Tsabit Qolbi 'Ala Diinik... Jagalah Hati ini"