Wednesday, August 12, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…….

Termenungku sendiri..
mengenangkan jejak jejak hati..
yang seringkali berundur dari matlamat sejati..

aku mengaku Tuhan..
sering kali aku mminta dunia..
seringkali aku meminta kesenangan..
kemudahan dan kegembiraan..

Namun aku sedar...
Kau yang maha penyayang..

sentiasa mengingatkan aku akan kesementaraannya...
tidak sesekali Kau membiarkan aku hanyut dan terus leka..
dengan cinta yang tidak pasti...

didalam ku mengharungi arus dunia
yang dpenuhi nafsu dan syaitan ini
aku harapkan kejayaan diakhirnya
aku harapkan pengawasan Mu sentiasa..

dan dalam semua rasa ini..
dapat kurasakan Kau memberi segalanya untukku
aku percaya kasih sayangMu sentiasa ada bersamaku
dengan itu Kau sentiasa hadirkan aku perasaan bersalah di dalam hati
hingga aku menyedari kesilapan2 diri..

Kau jualah yang membuatkan aku membaca..
lembaran tafsir dari ayat2 Mu..
menjadikan aku tertunduk mengaku aku hanyalah kepunyaanMU..
Disamping itu juga,
Kau berikan a ku teman2 seperjuangan
yang sentiasa ada mendorong serta memberi semangat..
agar ku tetap utuh dijalan ini..
Sering jua Kau hadirkan ujian2 Mu..
agar aku tidak putus2 berdoa memohon kekuatan dariMU...
aku redha..kerana aku yakin padaMu tuhanku..
segalanya terbaik dariMu untukku...

Tuhan...aku rindu..
sungguh aku rindu...
aku mohon cintaMu..
janganlah pergi dari hatiku..
Kau yang utama tetaplah disini..
menjadi yang teratas didalam hati..
meskipun banyak mujahadah yang perlu aku lalui..

setiap kali dikurniakan rasa ini..
aku bersyukur..
kerana aku yakin..
Kau yang mnghadirkannya dalam hatiku....
mengingatkan ku agar lebih kuat bertapak..mendaki dan melangkah
untuk menujuMu ya Allah...

~Ya Allah..
Bantulah aku ketika semua orang menjauh dariku..
Dekatlah pada ku tika semua orang hilang dariku..
Jangan tinggalkan aku Ya Allah..
Aku perlukan Mu..;c

No comments: