Tuesday, October 28, 2008

balik umahh!!!

bismillahirahmanirahim...

di sebalik tenangnya hati
terselit juga gundahnya perasaan
hanya yg maha mengetahui yg dapat merasai
bagaimana harus aku luahkan
bagaimana harus aku bicarakan...................


lame dah rase xmengupdate blog usang nih..
huhu..
rase nye byk yg nak diperkatakan kat sini tp xtertulis lagi..
xpela ikha nak tulis yg seronok2 n menggembirakan dulu..

haritu ikha balik rumah kejap =)
seronok sgt sbb kat rumah dpt wat byk bende...n dpt makan sedap2..
hehe, mama masak nasi ayam, pengat pisang, ikan siakap masak cabai..kehkeh..sedap...
tq mama cyg sgt..
tp time tu musim demam anak2 buah ikha...cian....adam n comei demam...
ikha takut jgk sbb ikha ni imune x cukup kuat, sllu bjangkit klu diorng ni demam..
tp alhamdulillah kali ni ikha sihat, x dpt jgkitan tu walau tido same2 ngn comei, hehe...
nak kate mmg ikha suke balik rumah...
bile ikha balik, papa sllu bawak kuar jln2...cyg papa =)
haritu pegi shah alam umah zoi, kenduri umah mak teh, jaya jusco n mahkota parade..makan nando's kat MP, n Jonny's kat JJ..

alhamdulillah ya ALLAH, Kau kurniakan aku kasih syg dri mereka..
aku bersyukur sgt ya Allah..dilahirkan sebagai aku...
aku syg padaMU..n syg sgt family ikha...
n hari last tu ikha g shah alam kenduri auntie alan..
kat knduri tu, muashim n mak long pun datang...yg gembiranya dptla ikha jumpe sepupu2 kesayangan ikha..na, siti nonoi, n yah...hehe...
haritu bile dah jumpe nak la tgkp gambr sma2 tp cari2 xda port yg sesuai..
sbb dewan tu penuh orng malula kan...
last2 jumpe port menarik..kat tandas..hehe
seronok byk ngat gambq amek...



Wednesday, October 8, 2008

Mana Satu pilihan Hati..??

Artikel ni dipetik dri laman web iluvislam... bg ikha artikel ni mmmg bes n menyentuh hati.. Sesungguhnya Cinta Allah hrus dicari terlebih dahulu sblm cinta manusia...
Begitu mengagumkan erti sebuah cinta dan pngorbanan terhadap Allah s.w.t....
sedikit sebyk menyedarkan diri ni btapa indahnya cinta andai segalanya kerana Allah s.w.t..
smoga diri sentisa d beri petunjuk oleh-NYA...
jom kite bace...


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Monday, September 22, 2008

final year project ~~

Bismillahirahmanirrahim..
dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang...

segala puji dan syukur hanya untuk Allah..yang telah memudahkan kerja-kerja experiment ikan hari jmaat haritu..alhamdulillah
walaupun tu baru xsampai setengah dri experiment ikha, tp amik mase dari pkul 9pg sampai 645 ptng...seb baik sempat hbis b4 mgrib..
experiment tu nak tgk keberkesanan kesan sejuk kat ikan nemo n ikan damselfish...
nak tgk lame x ikan2 tu blh pengsan...
haritu sempat buat untuk ikan damselfish je...
ikan nemo xdpt buat lagi, hu sbb kene jngkitan fungal..cian..byk mati...
dri 45 tinggal 8 je skrng....ntahla..mcm ne nak bt ntah ikha xdpt pikir lagi,kne bli lain pakai duit sndri sbb duit peruntukan da habis bli ikan2 tu dulu..
xpe, insyaAllah ade hikmahnye...esok kne g hatchery lgi wat experiment...nemo yg 8 ekor tu akan mnjalani preliminary test hehehe..walaupun sptutnye kne gne 20 ekor, tp disebabkn xckup, buat ape yg ade ni dulu kot...xtau la...
sbnrnye project ni ikha yg pndai2 pilih sndri..sprvsor xexpert sgt project ni, takot, ikha kne pandai2 sndiri...huhuhu...
xpela...ade la hikmah dimane mane...moga ikha dpt buat yg terbaik..doakan ye..=)


Thursday, September 11, 2008

Akibat Berbuat Maksiat

Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menghalangi Rezeki

Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah

Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain

Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan

Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain

Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani

Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.

(dipetik dripda nurulfarienasli87)


Lagu Nasyid Mengisafkan..

Kadang-kadang...bile dgr je lagu2 nasyid yang liriknye menginsafkan..
rase sayu je..
betul..bg ikha, nasyid ni slh satu cbng dakwah yg sangat baik..
dri pengalaman ikha sendiri mule2 ikha blh jd bersemangat untk mengamalkan islam sepenuhnye dlm khdpn, salah satunye bile dgr lagu nsyid sllu...
hari2 dgr ikim..salin lirik lagu, rase insaf sgt dgn kejahilan n dosa2.....Rasa Tuhan Maha Penyayang sgt kpd hamba2 nya...

ni contoh lirik lagu yg bes tuk dihayati...
byk lgi sbnrnye....mcm lagu YANG ABADI, DESTINASI CINTA, TIKA DINIHARI, CINTA BERSULAM NODA n many more...=)

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

-mestika: Yang Abadi


lagu ni paling ikha suke sgt..
paling tersentuh sllu part 'tp Engkau pun tahu onak dan duri pada duniaMU,Engkau ciptakan pagar rintangan harga cintaMU.....'huhu..
lgu ni menggambarkan seorg hamba yg memohon cintaNYa..
n cuba sedayanya untuk mendapatkan cinta Allah..
walau dia terpaksa mgharungi onak dan ranjau dunia..
yg sbgai mnusia biasa kadang2 dia tewas didalamnya..
tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk mncuba..
berdoa dgn penuh harapan...
Demi menanti sebuah pertemuan yg abadi...

Ujian Di Bulan Ramadhan..

''Ramadhan di awalnya Rahmat...

Pertengahannya Pengampunan..

dan di akhirnya, Pembebasan dari api neraka..''

hmm...arini dah masuk pertengahan bulan Ramadhan...
n masuk pertengahan ni byk perkara terjadi..byk ujian yg dtng..
Ya Allah..inikah yg Kau namakan kifarah...
aku sedar..ujian adalah rahmat dri MU dan RahmatMu tanda Kasih sayang MU...
Kau Maha Penyayang sgt....
Ya Allah...tabahkan aku mnghadapi ujian2 dariMU ini...
aku nak laluinye dgn Baik n jayenye YA Allah..
dgn bantuan dan sentiase mrase kebersamaan dgnMU....
YA ALLAH...KAU MAHA MENGETAHUI.......

****
"Ujian bukan sahaja menjawab di atas kertas..
bukan sahaja di dalam pusat pembelajaran...
ujian duniawi ini lah penentu kejayaan di akhirat...
bersabarlah menghadapi segala ujian...
terima lah dgn hati yg redha....
InsyaAllah ada hikmah yg terselindung di sebaliknya....=)

 

Monday, September 8, 2008

Nak balik umah

huhuuuu...
rindu nye kat rumah....tmbh2 bln ramadhan ni...mcmane la klu mreke2 yg bljr oversea tu...msti lagi rindu..cian...
emm,esok test...luse test...sempat lgi nak tulis something kat cni...hehe
esok test mangrove...luse pulak marine conservation..ntahla...
tatot xsempat bce je nih....esok nak g hatchery air masin lagi tuk set up kan tempat untuk final year project ikha....ikan2 blue damselfish insyaAllah sampai esok..huu, kne stat pegi tgk aquarium hari2 pasni...sampai cti raye nnti...insyaAllah kejap je experiment yg ikha nak bt ni....hrp2 sume berjalan dgn lancr n xde ikan yg mati beramai2, nauzubillah moga dijauhkan yaALLAH...

nnti ikha balik cuti rye ni tepakse naik flight sbb tiket bas da hbis 24-26hb...
yg ade 23 n 27....terlalu awal n lambt sgt...so bile tlipon papa, papa kte blh naik flight, ikha amik yg murah skli 26hb malam.....walaupun sbnrnye 25 da stst cuti tp sbb nak murah sikit amik 26mlm...lgipun ikha kesian kat papa kne byr mhl( yela ikha sllu mghbiskan duit makayah,huhu) n kesian jgk klu blik 25 esok nye papa keje, msti penat sbb sllu smpai melaka dlm pkul 12mlm dr lcct tu...hmm, so klu hri jmaat ikha blik, esoknye papa leh rehat sbb sabtu papa cuti..=)

hee, td tlipon mama...mama kate comei asik tnye bile makcik nak balik...hehe, die rindu la tu kat makciknye..;p
rindu la kat anak2 buah ku...diorng makin mmbesar n ikha rse rugi xdpt spend time btul2 ngn drng b4 drng besar....yela....ikha klu blik pun 2-3 hri je kcuali cti pnjng..
tp drng 4-4 tu nakal keterlaluan....mentang2 duduk rumah dekat2, jumpe je riuh rendah rumah..mslhnye bkn jumpe smggu skli ke ape, hari2 jumpe mcm nak pecah rumah jdinye...huhu,xpela, budak2...
yang 1st anak sedare ikha yg dipanggil 'comei' tu, skrng da pandai asik nak merajuk je keje die..huhu...tp kesian, kdng2 tgk die cmtu die nak trik pehatian kte sbnrnye...
yg adeeb plak xleh orng halang die klu die nak bt pape, klu kte jgn, die nnti kate nak jugak nak jugak....umo die 4 thun, aritu die da nak kne hntr g taska la, pastu die kate 'taknak g tadika,abg penat'. tu la alasan die, abang penat, abang penat..pastu mak die citela kate klu xp tdika, xnak pgi sklah nnti xpandai, jadi orng angkat smpah, angkat ta*i je...huhu,pastu esok nye kne pakse lagi die g sklah, ngn spontannye die kate ' takmau pegi sklah!abang nak jadi angkat tai*! cheh bdk ni....last2 tak jdi g sklh, tggu tahun dpn umur die 5 thun bru hntr tdika...

ni gmbr time birthday 'abang' tu yg ke4..yang pakai superman tu la die...
sume 4-4 pun amek kesempatan tiup lilin..
seronok tgk diorng gmbire sgt tgk kek ade lilin....hehe...

okey2, nak sambung bce tuk test....hehe,
(post ini adalah sengaja ditulis untuk merelease stress n melepaskan rindu kepada rumahku syurgaku...=) )

Persoalan untuk cinta??

Adakah tapak tanganmu berpeluh, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN..

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi..

Adakah kamu tetap bertahan..
kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA.

---------------------------------
artikel ni dipetik dri lman web tentang cinta..
tp sbenarnya cinta yg suci adalah kita mencintai seseorng itu lillahitaala..
kerana Allah semata..
Kerana Cinta kita padaNYa,kita akan mencinta kekurangan, kebaikan dan kehidupan bersamanya semata2 kerana dia adalah pasangan/jodoh yg terbaik Allah takdirkan bt kita.....

~~CintaMU cinta Sejati..~~~

Thursday, September 4, 2008

pagi yg sunyi..

2.17am...

rumate2 ikha xde harini.... sorang2 dlm bilik rase xblh tido pulak....
hmmm...esok kne bgun pagi kne pegi hatchery...
tgk tank telur belangkas...
pastikan air cukup n tetap salinitynye...
telur belangkas ni mcm kacang hijau, cume kecik sikit je... keras pulak tu..
ktorng kene amik turn jage tlr ni untuk mini project sem ni..ntahla...
sem ni mmg mcm berat sikit, byk project.. tp kne pasrah n redha...xpe2, setaun je lagi ikha!
insyaAllah....Ya Allah mudahkan lah urusan hambaMu ini...ameen..

Wednesday, September 3, 2008

LiFe? MaRiNe BiOloGisT?

bismillahirahmanirahim..
hari ni, dah 4 hari berpuasa..... seronok ;)
sume berjalan dgn lancar alhamdulillah...
kelas, fieldtrip, presentation..presentation?
hehe, da blh berhadapan la skit2, sbb bile byk2 kali presentation ni, mmbuwatkan kte jdi cnfdnt lame2...
tp xde la sgt2 terlaluu cnfdnt...hehe, nervousness itu masih ada, cme xmcm dulu...
sbb insyaAllah ble ingt Allah sntiasa ada ngn kte, DIA mmg akn ade n tolong kite..pecayelah...;)))

life as a biomarine student ni not as easy as it seems...
and xde la terlalu seronok walaupun course ni paling byk fieldtrip kat beach n island..hehe...
ni sbnrnye menambah ke'bz'an ktorng sbb kne buat report n presentation lepas hbis sume trip tu...bkn sikit, ble dah satu sem setiap subjek g trip, stiap sbjek kne wat report n present..huhu..
tp..Mase pegi trip tu mmg la seronok, dpt naik bot(wlaupun mabuk laut klu lame sgt) hehe,
dpt rase kbsaran Allah ble kte brade btul2 tgh2 laut yang average depth die 1200m-5000m.... mcmane la khidupan dibawah kt yg harmoni tu...sume dikawal oleh Allah maha Bijaksana....subhanallah...



n selalu nye...tujuan ktorng pergi ke pulau2 ni untuk amik spesimen atau kiteorng biase panggil pg sampling...
ikut subjek yg ktorng belajar la, klu mcm subjek parasite ikan, kteorng kne amik smple ikan pakai pukat pastu bedah2 ikan cri parasit...
klu mcm planktonology- cri plankton, klu invertebrate marine- sume kne cri orgnsma invtbrate mcm gamat, sea urchin,barnaces...tp klu endangered species tak dibenarkan amik specimen bwk blik...just tgkp gmbr n kenalpasti setiap taxonomy ..... hehe, seronok..
n paling mengexcitedkan kbnykn bdk biomarine ni, ble lepas da hbis keje sume tu...
akan ade mase tuk kteorng mandi2 n snorkling kat laut...laut kat pulau2 trengganu ni kan cristal clear..so mmg best sgt snorkling..sape2 yg ade camera wateproof lgi bes...
kat sstgh pantai mandi2 tepi laut pun ikan datang sebelah kite je...so sume orng akan enjoy la ble pegi trip...;)
tp ikha selalunye klu time disuruh oleh lecturer masuk air untuk amik specimen je bru masuk..klu x,xbrape nak msuk sgt...bkn xde perasaan...ade sgt,cume kne beringat2 sllu, kerana saya adalah seorng wanita..=)

n minggu lepas, fieldtrip kat pulau rhu tggnu...
yg ni ikha msuk air, sbb lectrer suh wajib pakai life jacket...so "safe" sikit dri byk segi..hehe...
kat sane pulak musim obor2...mmg amatlah menakutkan untuk ktorng masuk air sbb tentacles obor2 itu amat berbisa..
klu terkene mmg pedih macam kene air panas or exos moto..
tp sumeorng kne msuk air sbb nak cri specimen mcm seaweed, coral, invrtbrate n vetrbrate marine...so nak kate ramai jgk yg dah kne stung dgn jellyfish ni...

lebih kurng mcmni la rupe jellyfish tu, lebih kurang je sbb lum kenalpasti lagi species ape aritu,kihkih..
tp mmg kesian sgt kepade sesiape yg tkne stung tu smpai paralyse jap beberape minute....then ade jgk yg kne letak urea kawan sejatinye kat tempat terkene stung tu...huhu,xpela, alhamdulillah sume xserius sgt n dpt diubati ngn baik....

ikha alhamdulillah terselamat dri trkene jellyfish tu n berjaye menangkap 2 ekor jellyfish yg berenang2 kat laut tu...hehe...tangkap pakai net, pastu tgkp gmbr untk di identify...
besh2..

seperti biase student bioMarine ni mmg xboleh lari dri SUNBURN wlaupun da pakai seinci sunblock..hehe...so redha n pasrah...~~