Sunday, January 10, 2010

sobsobs..sedey mode.


Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…


dipetik dri: iluvislam...

Friday, January 8, 2010

sedikit perkongsian..

Salam.. Alhamdulillah, dgn izin Allah, ikha tergerak untuk kembali menulis di alam blog ini..dngan semangat yang baru..azam yang baru insyaAllah..untuk menulis perkara2 yang lebih bermakna dan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yg membaca...Sekadar perkongsian mengenai terjemahan surah Al-Qiyamah..insyaAllah lebih byk dimasa akan dtg..
Ya Allah,menitis air mata tatkala membaca terjemahan ini...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
  1. Aku bersumpah dgn hari Kiamat.
  2. dan aku brsumpah demi jiwa yang selalu menyesali(dirinya sendiri).
  3. Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
  4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
  5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.
  6. Dia bertanya, "Kapankah hari Kiamat itu?"
  7. Maka apabila mata terbeliak (ketakutan),
  8. dan bulan pun telah hilang cahayanya,
  9. lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
  10. pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat lari?"
  11. Tidak! Tidak ada tempat berlindung!
  12. Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu.
  13. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
  14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri,
  15. dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.
  16. Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
  17. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
  18. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
  19. Kemudian sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.
  20. Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
  21. dan mengabaikan (kehidupan) akhirat.
  22. Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
  23. Memandang Tuhannya.
  24. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,
  25. Mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat.
  26. Tidak! Apabila (nyawa) sampai ke kerongkongan,
  27. dan dikatakan (kepadanya), "Siapa yang dapat menyembuhkan?"
  28. dan dia yakin bahwa itulah waktu perpisahan (dengan dunia),
  29. dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),
  30. Kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.
  31. Kerana dia (dahulu) tidak mahu membenarkan (Al-Quran dan Rasul) dan tidak mahu melaksanakan solat.
  32. Tetapi justeru dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),
  33. Kemudian dia pergi kepada keluarganya, dengan sombong.
  34. CELAKALAH KAMU! MAKA CELAKALAH!
  35. SEKALI LAGI, CELAKALAH KAMU(MANUSIA)! MAKA CELAKALAH!
  36. Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja(tanpa bertanggungjawab)?
  37. Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkannya(ke dalam rahim),
  38. Kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya,
  39. Lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan.
  40. Bukankah (Allah yang buat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?
MAKA BENARLAH SEMUA AYAT2 ALLAH.. Sama-samalah kita muhasabah.. Ingatlah yang kita smua akn mati, cuma tak tahu bila, siapkn diri kita dgn ilmu,iman,amal dan yg paling pnting sntiasa memohon kpd Yang Maha Esa..

Ya Allah, ampunkan dosa hamba2Mu yang hina ini, jauhkn kami dr azabMu, jadikan Al-Quran pembela di hari kiamat nanti..

Wednesday, September 9, 2009

hidupku,pelajaran,cinta dan persahabatan!

Tjuk cam konon2 byk nak cite tpi ape je pun ikha tulis kat sini! hiihi...
2 minggu cuti berlalu dengan pantas..serius masa yg sepatutnya ikha gunakan untuk menyiapkan proposal telah ikha lepaskan begitu saja..aaa, dan sekarang hanya tinggal 3 hari untuk ikha menyiapkan proposal yg sebaiknya mempunyai 50 mukasurat..
waa..tapi papepun...ikha seronok cuti ni...mungkin ikha xisinya dengan menyiapkan proposal..tapi ikha rasa seronok..sebab cuti ni dapat ikha berada di rumah, beribadah, jumpa byk kawan2 lama yang bertahun xjumpa, buat kuih raya, n spend time ngn family..

lalaala..siyes ikha xnak fikir pasal proposal(walaupun dok risau teramat sekarang nih)..adeh.takut sbnrnye..bkn ikha xnak bt tapi xreti n sumber2 xcukup nak bt...slh ikha jugak ptt uruskan mase b4 balik sini dulu tpi aritu ntahpape cam confident n xsabar nak blik...amik bile sekarang nak buat mcm blur2 method sume...tpi ikha bt jela ape yg blh dibuat, yg xblh tu nnti g sane kene la bertungkus lumus siapkan..

ramadhan kali ni ikha spend lebih byk masa dirumah..alhamdulillah..seharusnya xmnjadi masalah untuk melakukan ibadah..
insyaAllah ikha hrp dpt tngktkn amln disaat2 akhir ni..moga terampunkan dosa2 ikha sebelum berakhirnya bln rmadhan ..doakan ikha..amin..

haritu ikha g kL, jumpa wirda n deeya..kuar g jln2 ngn wirda kat klcc..srnk,teman die beli belli belah n ikha pun tersangkut beli satu kasut raye..hitam lagi..kasut ikha mmg hye warna hitam kot..ntahla..pastu g kinokuniya terbeli(eceh terbeli!) buku man are from mars and women are from venus...mmg menarik jugakla walaupun bru separuh lebih sket bace...best2.ayat diepun sng paham coz guna simple vocab..

pastu keluar ngan dya..g mid..last jumpe die time matrik..rindu pada dya..yela dpt dating ngn die abes sume cite kuar..seronok..nnti die nak g mesir da 5thun..g mid jln2 xbeli ape pun.. tgk wayang!emm, tgk cite orphan..seram, abes terjerit sket.huhu...deeya da gelak2...yela...siyes die mule2 tnya ikha nak tgk cite ape..ikha ckp ape2 pun xkisah asal jgn cite seram..pastu die tnye cite pasal budak psycho leh..ikha pun cam blur2 ok la kan..pastu die booked cite ni..aaa..tgk jela..mmg tutup2 mate je ikha smpai rse nak tetido pun ade sbb mlm b4 tu xcukup tido ;p
tpi bes la cite tu walau tutup mate sket2 tpi stil leh phm jln citenye..hehe..

pastu hujung minggu lepas, nadia dtg umah!!cian sggup dtng tpakse ehem2 die bwk..terharu btul...ni nadia syazwani..yg atas tadi nadia jugak tapi intan nadia..hehe..nadia syazwani ni adalaah kwn lame ikha dari form 4-5..tringat dulu2 sllu g umah die pas sekolah sbb nak g tuisyen kimia same atau sebab kdng2 xde orng nak amek ikha lepas sklh..baek sgt, tringat nasi lemak mak nadia masak time tghri..pastu bilik die yg katil 2tingkat tu ade byk mainan..zaman form 4-5 ikha mmg kesepian n rse mcm sekolah itu tidak seronok!huhu...cume ade beberape kwn je time tu...nadia slh srng drpdanye..klu smpai skrng juz cntct ngn ain n nadia je, xde la orng len, ain lak dah jumpe die time beli herbalife!!aha..tpi kejap sgt...xpat nk smbg lame2...
ye ikha merindui kwn2 ikha..rmai lg kwn2 lme yg xberksmptn nak jmpe lagi..faezah,huda...huhu,rindu2..bile jumpa sbnrnya lagi bertambah rindu kot..terharu ngn entry1 dan entry2 nadia..hrp2 persahabatan2 ini kekalla sampai ke akhir hayat..sampai ke syurga insyaAllah..=)))))

----
p/s-ya Allah..moga mnjadi peransangku untuk mningkatkan amalan...
~surah alQadr
[1]Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Saturday, August 29, 2009

Monday, August 17, 2009

Aku dan Jalan ini.....

Terasa ingin mencoretkan sesuatu diatas skrin pink ini..setelah lama ku tinggalkan.. ikha pernah bertnya pada diri,,ikha xpandai dakwah secara lisan dengan hebat..... dakwah secara tulisan pun kurang..ntahla..kadang2 ikha fikir terlalu sedikit yang ikha buat untuk jalan ni..walau peluang tu sentiasa ada..

sebentar tadi ikha diberikan amanah baru..terkedu seketika...ya Allah mcmana drng leh pilih ikha nih..xlayak rasa diri.....ya Allah terasa berat...bolehkah aku menjalankan amanahMU ini sebaiknya...

namun bila di fikir semula...ikha sedar...mungkin byk hikmah dari segala yang ditakdirkan ni...sbgai penglman dan peluang untuk diri ikha...insyaAllah..ikha akan cuba berfikiran sepositif mungkin....hm..mungkin kerana dah lama ikha bercuti dan sejak diperingkat master ni, ikha agak menyepi.. namun hari ni..dapat ikha rasakan amanah kali ini lebih mencabar dari sebelum-sebelumnya...

namun,bila difikirkan ada bnrnya kata-kata salah seorang daripada sahabat ikha wktu meeting tadi..
"hakikat dakwah tu bila semakin meningkat usia kita, semakin banyak pengalaman yang kita dapat. Semakin besarlah tanggungjawab"

ikha sedar..semakin sedar bahawa hidup ni menuntut pengorbanan yang besar..dan mujahadah yang berterusan..! ya mujahadah... berterusan bererti seharusnya tiada istilah "rileks dulu" atau "ikut mood".. sekecil perkara seperti bgn pagi, kekuatan dperlukn untuk menolak keseronokan tidur yang lena.. begitu juga dalam kesungguhan untuk mengulangkaji pelajaran, kekuatan diperlukan untuk menolak keseronokan menonton tv atau berinternet...dan kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan..

n this is what life is all about...xkan pernah lari dari cabaran, susah payah.perit jerih..belum ditambah dengan perasaan kecewa,sedih dan sebagainya....apatah lagi pada jiwa yang sedar berikrar menyerah diri mereka dijalan ALLah,yang mngajak jiwa2 tunduk pada yang Esa..
Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam setiap perkara, bagi mengelak fitnah..

Kecekalan dan kekuatan hati amat2 diperlukan..

namun kekuatan itu tidak akan dapat hadir andai diri tidak sedar tujuan dan matlamat hidup kita yang sebenarnya..

Terkenang kata-kata naqibah ikha " Andai kita belum pasti matlamat hidup kita, mulai sekarang tetapkan hidup ini adalah untuk ISLAM!"


Islam...
ya..Kita perlu meyakini bahawa matlamat kehidupan manusia didunia ini ialah untuk mengenal Allah SWT dengan sifat-sifat ulluhiyah dan rububiyahNya, taat dan mengabdikan diri kepadaNya.. selaras dengan firman Allah yang bermaksud;

“dan Aku (Allah SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu”

Ya Allah..dari ayat ini jelas, pencipta kita mahu kita meletakkan Dia sebagai yang utama dalam kehidupan...apapun yang kita lakukan..jadikannya lillahitaala..niatkan segalanya kerana Allah..insyaAllah..

ikha sedar..ikha sebnarnya tak sekuat mana untuk berada dijalan ini sendirian..ikha lemah,namun tak pula ikha ingin jadi lemah selama lamanya! ikha perlukan sokongan semangat nasihat dan kritikan membina dari sahabat seperjuangan..

dan ikha akan insyaAllah sentiasa ingatkan diri ikha dengan ayat Allah dalam surah at_taubah ayat ke 24.. ayat ni yang bagi ikha suatu amaran, dan dapat meningkat kan semangat kita dalam mengejar matlamat hidup untuk islam..

Firman Allah SWT; maksudnya;

“Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”


~~Andai ditakdirkan seribu dugaan dan cabaran datang...seribu kelalaian dan kelupaan ku padaMu ya Allah..aku harap kau jadikan aku hamba yang bertaubat setiap kali datangnya dugaan2 yang melalaikan aku padaMu..
Ya Allah, aku tidak mahu ketinggalan dalam menyertai kafilah da'wah ini.. Ampuni aku ya Allah...


Friday, August 14, 2009

Semangat !

-Bingkai kehidupan - Shoutul Harakah-

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﺍﷲ ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﺍﷲ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﺍﷲ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﺍﷲ ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﺍﷲ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﺍﷲ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

Wednesday, August 12, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…….

Termenungku sendiri..
mengenangkan jejak jejak hati..
yang seringkali berundur dari matlamat sejati..

aku mengaku Tuhan..
sering kali aku mminta dunia..
seringkali aku meminta kesenangan..
kemudahan dan kegembiraan..

Namun aku sedar...
Kau yang maha penyayang..

sentiasa mengingatkan aku akan kesementaraannya...
tidak sesekali Kau membiarkan aku hanyut dan terus leka..
dengan cinta yang tidak pasti...

didalam ku mengharungi arus dunia
yang dpenuhi nafsu dan syaitan ini
aku harapkan kejayaan diakhirnya
aku harapkan pengawasan Mu sentiasa..

dan dalam semua rasa ini..
dapat kurasakan Kau memberi segalanya untukku
aku percaya kasih sayangMu sentiasa ada bersamaku
dengan itu Kau sentiasa hadirkan aku perasaan bersalah di dalam hati
hingga aku menyedari kesilapan2 diri..

Kau jualah yang membuatkan aku membaca..
lembaran tafsir dari ayat2 Mu..
menjadikan aku tertunduk mengaku aku hanyalah kepunyaanMU..
Disamping itu juga,
Kau berikan a ku teman2 seperjuangan
yang sentiasa ada mendorong serta memberi semangat..
agar ku tetap utuh dijalan ini..
Sering jua Kau hadirkan ujian2 Mu..
agar aku tidak putus2 berdoa memohon kekuatan dariMU...
aku redha..kerana aku yakin padaMu tuhanku..
segalanya terbaik dariMu untukku...

Tuhan...aku rindu..
sungguh aku rindu...
aku mohon cintaMu..
janganlah pergi dari hatiku..
Kau yang utama tetaplah disini..
menjadi yang teratas didalam hati..
meskipun banyak mujahadah yang perlu aku lalui..

setiap kali dikurniakan rasa ini..
aku bersyukur..
kerana aku yakin..
Kau yang mnghadirkannya dalam hatiku....
mengingatkan ku agar lebih kuat bertapak..mendaki dan melangkah
untuk menujuMu ya Allah...

~Ya Allah..
Bantulah aku ketika semua orang menjauh dariku..
Dekatlah pada ku tika semua orang hilang dariku..
Jangan tinggalkan aku Ya Allah..
Aku perlukan Mu..;c

Tuesday, July 7, 2009

Kuatkan aku....

Oh Tuhan kuatkan aku
Untuk lalui jalan hidup ini
Yang ku inginkan selalu ada dalam ridhoMu

Berikanlah petunjukMu
Agar diriku tak tersesat
Untuk menuju surga yang telah Kau janjikan

Ampunkan diriku jika
Selama ini hanyalah berbuat dosa
Tak sanggup diriku bila
Di akhir hidupku menanggung siksaMu

Aku hambamu yang lemah, tak sempurna
Berlutut sujud dihadapMu
Kuatkan Aku - Vagetoz -download
" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"


Wednesday, July 1, 2009

ketika cinta =)

Rase xbersemangat pulak tgk blog ni dgn layout baru ni...lembab pulak nak bkk kdng2 tu..hmm nnti2 ade mase cari layout bru la..skrng ni xbpe ade mase lagi..hee
ikha baru habis tgk cite perempuan berkalung sorban, indonesia film...tgk kat youtube je...

cite perempuan berkalung sorban tu timbul kontrovesi kat indonesia..filem ni dikatakan menceritakan penindasan terhadap wanita....ntah..walaupun ade part sane sini yg agak pelik tpi ia tetap filem bercirikan islamik..
tp xsedap ati jugakla bile heroin tu sendiri kate "islam tu xadil sama perempuan" uih,sesuke die je ckp mcmtu.. patutnye skrip camtu xdela..kate nye heroin tu baik, beragama segala..tpi tula..keluarga yang dikatakan terhormat dgn agama, memiliki pesentren(ape tu ek, sekolah agama kot) n ayah seorang ustaz terhormat tapi xmencirikan seorang islam yang sebenar..xberlapang dada n xtenang hadapi masalah..marah memanjang anak pmpn dia..apekah?? n bila anak tu da besar, cinta dari kecik xkesampaian sebab dipaksa kawin oleh bapanya...pastu jadi mangsa suami yang ganas yang dikatakan ada sarjana dari azhar..sememangnye langsung xmnggambarkan akhlak mukmin sjti dimana Rasulullah sendiri pernah berkata bahawa sebaik2 lelaki adalah yang lemah lembut terhadap isterinya.hmm...mungkin ini nasib/ujian Allah beri pada prempuan dlm cite tu..dia cuma nak menegakkan yg benar...kita tahu islam xpernah menindas kaum wanita.. malah menyelamatkan dan mngangkat martabat wanita ke tempat yang lebih tinggi..Allah itu maha adil dan betapa perempuan diberi keistimewaan yang banyak disisi Allah..jd xperlu la nak persoal mngapa perempuan xboleh mnjadi ketua atau nak meminta hak sama taraf antara lelaki dan wanita... sememangnya kedua2nya diciptakan Allah berbeza dan mempunyai keistimewaan yang bersesuaian dengan tanggungjawab masing2..lelaki di amanahkan untuk menjadi ketua, melindungi keluarga drpda bahaya serta mencari nafkah untuk keluarganya...jd Allah SWT menjadikan tubuh badannya memiliki fizikal yang gagah dan tenaga yang kuat berbanding perempuan. Manakala perempuan dipertanggungjawabkan untuk menlakukan kerja2 rumah serta mendidik anak, jadi ia diperlengkapkan dengan perasaan kasih sayang yang tinggi, berjiwa halus n teliti dalam melakukan kerja2..
jadi bile lepas tgk cite tu, yang baik kite amek n yang buruk tu buang la jauh2..xtaula ikha pikir2 sendiri mungkin pengajaran cite ni boleh amek dari sudut kt sbgai umat islam harus mngamalkan islam sepenuhnya..mengamalkan islam secara menyeluruh dalam kehidupan kita..xboleh amek separuh buang separuh lagi..islam tu bersifat menyeluruh..hmm, best jgk la cite die tpi klu xtgk pun xrugi....

papepun ikha suke lagu dlm cite tu...ketika cinta.. dan ikha pon mndengarnya berulang ulang kali..;p

tittle: ketika cinta
Lirik:opick
Penyanyi: Siti nurhaliza

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-MU

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil...ku

Monday, June 22, 2009

5 days left...

tinggal 5 hari je lagi tuk ikha duduk bergumbira kat rumah ni b4 ikha pergi meredah dunia master...betul ke ni ikha? btul ke ikha nak sambung master???yela dulu mmg ikha nak, doa sgt untuk saat ni....err,tp kenapa ikha rasa ragu2 skrng...macam ade satu perasaan pelik yang bersifat kenegetifan..hmm..ikha takut ikha xleh hadapi dunia master ni sorang2 kot..ikha xbape paham lagi tajuk reseach ikha kali ni..serius haritu final year project ikha pun ramai yang tolong..lgipun tajuk dulu xsusah mane..supervisor pun baik ngat bg dpt A..tpi ni master..tajuk pulak cam kait2 akuakultur sket...ikha xblajar sgt..minat tu mmg xyah ckp la kan..tambah2 nnti kene present research byk2 kali..kat cnference, dpn2 ramai2 orng sume....hmm
tpi.. ikha tau..Allah yg mmbawa ikha kesini..sampai ke tahap ikha sekarang ni..ikha harap sgat ni keputusan yg terbaik insyaAllah..ykin..so..ikha kene kuat..i can do this..!i have to...although it may seems so hard, for a girl like me...like me? yela sape yang kenal ikha tau la kot...but i really hope Allah will make the path easier for me..Ya Allah,kalaupun bkn sekarang.. berilah aku nmpk kebaikan jalan ini satu masa nnti..amiin..

28hb ni papa n mama akan hantr ikha ke terengganu menaiki kereta viva..dan kereta tu akan dtinggalkan kat terengganu untuk ikha...papa ngan mama balik naik bas malam tu..cian pulak..tpi tula..ikha bkn saje2 nak bwk kete p sane..tpi memandangkan nnti wat master duk umah sewe xde kenderaan nak g kampus..xkan nak tumpang kawan sentiase..terpaksa drive sendiri..nak bawak moto lesen pon xde..lagipon mama xbagi ikha naik moto...bahaye katenye..
n 15hb 7 nnti, hari konvokesyen ikha insyaAllah..ya Allah..ahamdulillah kejap je 3 tahun berlalu..dapat jugak grad walaupun dalam kepayahan n pembahagian mase sane sini..kejar2..habis jugak..lagi sekali mama n papa je datang insyaAllah..aishah da masuk u, xle la ikut g mane2 dah..haha